Herba : Pegaga (Centella Asiatica)

Nama Saintifik
Centella Asiatica

Nama Lain

Tapak kuda (indonesia) / Indian pennywort / Gotu kola

Kelompok

Sayuran Herba

Spesies



Keluarga

Mackinlyaceae

Jenis
Menjalar

Penjualan
Serumpun dalam polybeg

RM10.00

wws SAKTI / Pre-sale Questions Need Help? Contact Us via WhatsApp

Pegaga mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda. PEGAGA atau nama saintifiknya Centella asiatica adalah tumbuhan ubatan yang mudah dikenali, di temui dan tumbuh liar di kawasan luar bandar. Ia merupakan tumbuhan herba yang menjalar, tumbuh di tempat lembap dan redup.  Terdapat pelbagai jenis pegaga yang boleh didapati. Antara jenis-jenisnya ialah :-

1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pokok Pegaga Kelantan,
4. Pokok Pegaga Renek
5. Pokok Pegaga Salad
6. Pokok Pegaga Gajah
7. Pokok Pegaga Brunei

Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu. Selain dimasak untuk dijadikan gulai, sayur,  ulam bersama sambal dan dimakan bersama nasi yang panas, untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. juga digunakan sebagai perubatan. Di Sri Lanka pula pegaga dijadikan bubur dan diberikan pada kanak-kanak pra sekolah untuk menghalang kekurangan nutrien.

NUTRISI
Setiap 100 gram pegaga mengandungi

  • 87.7% air,
  • 2.0% protin,
  • 6.7% Kaarbohiderat,
  • 0.2% lemak
  • 1.6% Serat.
  • Vitamin A (0.4 mg)
  • Vitamin B1 (0.09 mg)
  • Vitamin B2 (0.19 mg)
  • Vitamin B3 (0.2 mg)
  • Vitamin C (1.6 mg)
  • Kalsium (171.0 mg)
  • Ferus atau Zat Besi (5.6 mg),
  • Sodium (21.0 mg),
  • Pottasium (391.0 mg)
  • Posforus (32.0 mg).
  • komponen PECTIN yang sangat penting dalam sistem imunisasi badan manusia.
  • Terdapat 4 jenis asid penting dalam jus pegaga iaitu Asid Asitik, Asid Medekasic, Asid Mendekasida dan Asid Terunasid yang perlu untuk kesihatan badan manusia.
  • Triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida),
  • flavenoids (kaemferol dan quercetin),
  • volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol),
  • pektin,
  • asid amino,
  • alkaloid hydrocotyline,
  • myositol, asid bramik,
  • asid centellik,
  • asid isobrahmik
  • asid betulik


KHASIAT

  • Serikan Wajah Anda.& Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka
    Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda alan lebih berseri. Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat  mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Dipercayai juga berupaya melambatkan kulit kedut, awet muda, melicin dan menyihatkan kulit
  • Kecutkan Peranakan
    Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.
  • Kesegaran badan
    Pegaga diketahui berkhasiat bagi menyegarkan badan, menambahkan kekuatan fizikal, 
  • Penawar Alahan
  • Anti kanser
  • Melawaskan air kencing, Penawar batu karang & Penawar kencing berdarah,
  • Penawar ulser
    Dalam perubatan tradisional, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit,
  • Menyeimbangkan Aliran Darah
    Merangsang & lancar peredaran darah & Mengurangkan tekanan darah, merawat pitam, ubat darah tinggi.
  • Merawat cirit birit
  • menyembuhkan demam
  • penyakit kusta
  • mengurangkan berat badan
  • meningkatkan kecergasan minda
  • melancarkan suara
  • merawat penyakit nyayuk
  • mengawal keguguran rambut
  • kencing manis
  • mengubat gatal pada vagina

Caranya:
Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya.
Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka akan berseri.  Amalan kerap memakan pegaga boleh menjadikan seseorang itu awet muda dan tubuh badan tidak gemuk

Untuk menyejukkan badan, biasanya pegaga diambil secara segar sebagai ulaman, dan diminum sebagai tonik untuk kecergasan otak.
Pengambilan pegaga secara segar memerlukan bekalan bahan mentah yang berterusan.

Hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Institusi Penyelididkan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), Faridah Hussin telah berjaya menghasilkan minuman pegaga daripada empat jenis minuman iaitu minuman pegaga, minuman pegaga halia, minuman pegaga madu dan minuman pegaga halia madu.  Beliau telah berjaya membangunkan suatu teknologi praperlakuan ke atas pegaga dengan menggunakan larutan garam pada peratus yang amat rendah. Peratusan ini telah berjaya menstabilkan klorofil yang amat sensitif kepada pemprosesan dan penyimpanan kerana ia akan berubah warna daripada hijau kepadahijau keperangan.
Dalam penghasilkan produk-produk ini, pegaga segar dikisar begitu saja atau ditambah halia pada peratus yang telah ditetapkan dan dicampur dengan sedikit larutan garam. Kemudian pegaga akan ditapis dan ekstrak jus akan dicampurkan dengan maadu, asid sitrik, penstabil makanan semulajadi dan ditambah dengan air sehingga ke isi padu yang ditetapkan.

Sumber

keep yourself  update with

SAKTI promotion!

Reviews

Be the first to review “Herba : Pegaga (Centella Asiatica)”

Your email address will not be published.

WeCreativez WhatsApp Support
Terima kasih kerana mengunjungi koleksi herba Alami Sakti - Pegaga.
👋 Hi, bole saya bantu?